Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Kuiz pelaburan PNB tawar hadiah RM68,500

today9 August 2021

Background


PETALING JAYA – Kuiz Pelaburan PNB 2021 anjuran Permodalan Nasional Bhd. (PNB) yang akan bermula hari ini sehingga 22 Ogos ini bakal menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM68,500.

Kuiz tahunan berkonsepkan hibur didik bagi kategori remaja berumur 13 hingga 17 tahun dan umum pula berumur 18 tahun ke atas itu bertujuan untuk menguji peserta mengenai pelaburan dan perancangan kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Ama­nah Saham Nasional Bhd. (ASNB), Mohammad Hussin berkata, kuiz yang bertemakan Capai Kemerdekaan Kewa­ngan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ini mengemukakan soalan-soalan berkaitan pelaburan dan pe­ngurusan kewangan.”

“Konsep soalan tahun ini adalah berbeza berbanding tahun lalu dan ia boleh dikatakan lebih mencabar kerana peserta hanya diberikan petunjuk dan bayangan jawapan, bukannya soalan objektif dengan pilihan jawapan A, B atau C,” katanya dalam kenyataan.

Penyertaan untuk kuiz ini adalah secara online di laman web…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Ekonomi

EMT bantu komuniti tingkat kesihatan

Platform PKS PETALING JAYA – Menjadi ke­biasaan bagi rakyat negara ini suka membantu mereka yang berada dalam kesusahan dengan dengan pelbagai cara mengikut niat masing-masing disertakan dengan aktiviti dan juga tenaga fizikal bagi meringankan beban yang ditanggung. Sumbangan bantuan yang berterusan ini dilihat bukan sahaja semasa krisis kesihatan ekoran pandemik Covid-19 tetapi tabiat tersebut telah disemai sejak kita semua masih kecil lagi ketika di bangku sekolah membantu sesama masyarakat tidak […]

today9 August 2021