
PETALING JAYA – Platform pengumpulan emas terkemuka negara, GoldNow mengumumkan pengenalan dua ciri baharu iaitu Gold Gifting dan Gold Savings bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai perintis simpanan emas digital yang selamat dan mudah diakses di Malaysia.
Aplikasi yang dibangunkan oleh Kumpulan Tomei itu direka khas bagi membantu pengguna mengumpul emas secara berdisiplin untuk pelbagai sasaran peribadi, keluarga mahupun sebagai hadiah bermakna dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Pengarah Urusan Kumpulan Tomei Consolidated Berhad, Datuk Ng Yih Pyng berkata, pengenalan dua ciri baharu ini menandakan pencapaian penting dalam usaha menjadikan pemilikan emas lebih bermanfaat dan relevan dengan kehidupan seharian masyarakat.
“Sama ada menyimpan untuk aspirasi masa depan atau menghadiahkan emas kepada insan tersayang, kami mahu memberdayakan lebih ramai orang untuk bermula secara kecil-kecilan, kekal konsisten dan membina nilai jangka panjang,” katanya dalam satu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: