PETALING JAYA – Kumpulan Affin Bank mencatat keuntungan sebelum cukai (PBT) dan selepas zakat berjumlah RM408.5 juta bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2022 (1H2022) dengan pertumbuhan sebanyak 44.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin, Datuk Wan Razly Abdullah berkata, pencapaian PBT yang lebih memberangsangkan bagi 1H2022 itu dipacu oleh pendapatan faedah bersih yang lebih tinggi serta pendapatan perbankan Islam, selari dengan pelan pertumbuhan AIM22.
Menurut beliau, Affin Bank dan Affin Islamic Bank terus menjadi penyumbang utama kepada Kumpulan yang di mana Affin Islamic Bank merekodkan PBT yang melonjak tinggi sebanyak 70.5 peratus kepada RM147.9 juta hasil pertumbuhan pembiayaan dan elaun rosot nilai yang lebih rendah.
“Kumpulan Affin Bank akan terus berwaspada mengambil kira suasana geopolitik dan makro ekonomi yang mencabar.
“Kami akan terus memastikan kecairan, kualiti kredit dan tahap rizab modal…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
