PETALING JAYA – FM Global Logistics Holdings Berhad (FM) telah memuktamadkan kerjasama strategik dengan Scania Malaysia Sdn Bhd (Scania), Solarvest Energy Sdn Bhd (Solarvest) dan JAC Motors Malaysia Sdn Bhd (JAC Motors).
Pemeteraian usaha sama ini juga adalah untuk menunjukkan komitmen Kumpulan mematuhi agenda persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG).
Pengarah Urusan Kumpulan FM, Chew Chong Keat berkata, melalui kerjasama tersebut, FM telah membeli 20 trak Scania Super yang dilengkapi ciri penjimatan minyak Euro 5 yang bernilai kira-kira RM11 juta.
Kumpulan juga akan memulakan pemasangan sistem solar Solarvest bagi gudang FM pada harga nilai RM1.5 juta serta membeli dua trak elektrik JAC i75 daripada JAC Motors pada harga RM557,000.
“Kerjasama yang terjalin antara FM dengan Scania, Solarvest dan JAC Motors telah menggerakkan usaha untuk mencapai sasaran mengurangkan gas rumah hijau (GHG).
“Pelaburan dalam teknologi hijau ini akan membantu Kumpulan khususnya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
