Netizen geram dengan tindakan sekumpulan ahli konvoi bermotosikal yang menggunakan laluan tol untuk kereta.
Mereka tidak menggunakan laluan khas untuk motosikal. Tindakan mereka itu dianggap menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.
Ianya mengundang reaksi netizen. Ada yang menganggap ini bukanlah perkara yang mengejutkan, kerana sebelum ini kerapkali kumpulan konvoi bermotosikal ini buat hal menurut mereka.
Netizen mempersoalkan: “Apa tujuan lorong motosikal itu wujud?”
Ada yang mencadangkan: “Ambil tindakan tegas ke atas mereka, saya pun pengguna motosikal, masih lalu di lorong tepi plaza tol khas motosikal. Hormati undang undang.”
@mediaselangor TULAR ‼️ Rakaman sekumpulan penunggang motosikal ‘berkonvoi’ menggunakan lorong tol berbayar Touch ‘n Go dan MyRFID di sebuah plaza tol hari ini. Tindakan kumpulan konvoi itu mengundang kritikan warga maya dengan rata-rata menyifatkan ia menyusahkan pengguna kenderaan lain. Malah,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: