Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Kumpulan QI, Yayasan RYTHM anjur kempen derma darah, organ

today15 June 2023

Background


PETALING JAYA – Kumpulan QI dan Yayasan RYTHM bakal menganjurkan Kempen Derma Darah dan Pendermaan Organ pada hujung minggu selama dua hari bermula 17 Jun ini di NU Sentral, Kuala Lumpur.

Perunding Perkhidmatan Korporat dan Sokongan Pentadbiran Kumpulan QI, Kalyani Puspangathan berkata, aktiviti ini diadakan sejajar dengan Hari Penderma Darah Kebangsaan 2023 yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan berterusan menderma darah serta menggalakkan orang ramai untuk menderma organ.

“Kempen selama dua hari ini yang diadakan pada hujung minggu adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai yang keluar membeli belah, keluar makan-makan bersama keluarga dan rakan-rakan tetapi dalam masa sama dapat memberi mereka ruang melakukan amalan mulia serta membantu sesama insan yang memerlukan.

“Kempen ini dilakukan atas rasa tanggungjawab sosial organisasi kami untuk memenuhi keperluan serta meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai,” katanya dalam…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post