Menerusi laporan Bernama, Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata, kelulusan itu diperoleh melalui surat rasmi yang dihantar Dewan Rakyat kepada beliau selaku Pengerusi KRPPM-KKA.
Beliau berkata, berdasarkan perkembangan isu semasa, KRPPM-KKA melihat keperluan mendesak untuk menghimpunkan semua pihak berkepentingan bagi membincangkan hala tuju keharmonian kaum dan agama di Malaysia.
“KRPPM-KKA juga menegaskan komitmennya untuk menggerakkan kesedaran, advokasi, serta mengemukakan cadangan-cadangan perundangan kepada pembuat dasar.
“Usaha ini bertujuan memastikan keharmonian kaum dan agama di Malaysia terus terpelihara dan diperkukuhkan, selaras dengan lunas Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen pada Khamis.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: