PETALING JAYA – Kumpulan Richiamo Sdn. Bhd. mengumumkan penstrukturan syarikat melibatkan pertukaran dan lantikan baharu bagi mengetuai anak-anak syarikat yang ditubuhkan.
Mendahului pertukaran dan pestrukturan semula jawatan ialah Muhamad Zamry Abu Samah, yang sebelum ini merupakan Pengarah Urusan Richiamo Coffee Sdn. Bhd. dan beliau dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo Sdn. Bhd.
Beliau bertanggungjawab terhadap pembesaran, operasi dan memantau hal ehwal anak-anak syarikat iaitu Richiamo Coffee Sdn. Bhd., Richiamo Manufacturing Sdn. Bhd., Richiamo Mart Sdn. Bhd. dan Yayasan Dakwah Negara.
Muhamad Zamry berkata, penstrukturan semula syarikat adalah bagi mengukuhkan kedudukan jenama Richiamo di pasaran tempatan selain mengembangkan perniagaan menerusi anak-anak syarikat yang baharu ditubuhkan.
“Selepas lapan tahun ditubuhkan, jenama Richiamo hanya dikenali sebagai jenama kopi dan saya merasakan sudah tiba masanya untuk kami berkembang kepada perniagaan lain yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: