PETALING JAYA – Empat syarikat di bawah Kumpulan Sumitomo di Malaysia menjalin kerjasama dengan Leave a Nest Malaysia bagi memperkukuh inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang memberi tumpuan terhadap agenda kelestarian alam sekitar.
Empat syarikat tersebut adalah Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Berhad, Sumitomo Corporation Malaysia Sdn. Bhd., SMFL Leasing (Malaysia) Sdn. Bhd. dan MSIG Insurance (Malaysia) Bhd.
Kerjasama strategik julung kali diadakan itu menggabungkan komitmen Sumitomo dengan misi Leave a Nest bagi pembangunan masyarakat dan penjagaan alam sekitar, selain untuk memupuk generasi muda inovatif di rantau Asia.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Berhad, Atsuhide Shiojiri berkata, usaha sama ini menekankan peripentingnya penyatuan tindakan korporat dengan inovasi yang dipacu oleh…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
