PORT DICKSON – Kumpulan Syarikat Ehsan bakal membuka dua buah hotel baharu untuk meluaskan rangkaian pasaran dan mengukuhkan kedudukannya dalam industri perhotelan negara.
Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Ehsan, Datuk Abdul Hamid P.V. Abdu berkata, melihat kepada proses pemulihan dalam sektor pelancongan semakin baik seiring pembukaan sempadan negara pada awal bulan ini, pihaknya optimis terhadap perkembangan industri berkenaan.
Menurut beliau, kumpulan akan terus memberi tumpuan untuk memperbaiki dan menaik taraf kemudahan bagi meningkat keyakinan pelanggan untuk berkunjung ke hotel-hotel milik Ehsan.
Buat masa ini, Kumpulan memiliki hotel di Port Dickson, Pulau Pinang dan Langkawi.
“Dalam fasa peralihan ke endemik ini, sudah tentu kami mula memberikan lebih fokus kepada sektor pelancongan dan hospitaliti seperti di taman tema iaitu Ehsan Water Park di Pasir Panjang, Port Dickson dan Hotel Ehsan Seaview, Port Dickson selain sebuah hotel masing-masing di Pulau…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
