KUALA LUMPUR – Kelab Usahawan Putrajaya (KUPPutra) komited untuk membantu kira-kira 100 usahawan berniaga di Anjung Syawal, Festival Ramadan Putrajaya 2025 yang akan berlangsung pada akhir bulan Februari ini.
Pengerusi KUPPutra, Mimi Afzan Abdul Majid berkata, kerjasama dengan syarikat pengurusan acara, Raydiate Blue Sdn. Bhd. (Raydiates) pada tahun ini melihat ia adalah peluang keemasan untuk usahawan mempromosikan produk dan perkhidmatan masing-masing kerana bazar jualan dalam bulan Ramadan mampu meningkatkan pendapatan syarikat masing-masing.
Menurut beliau, memandangkan slot niaga yang ditawarkan adalah sebanyak 300 unit jadi pihaknya mahu membantu 100 usahawan yang berpotensi untuk menyertai festival ini.
“Dengan membuka peluang ini, kami akan turut membantu penganjur dan juga para usahawan yang ingin berniaga di Putrajaya bagi merancak ekonomi setempat.
“Antara usaha aktiviti pengisian tersebut adalah menyediakan perkhidmatan yang akan di sediakan oleh ahli-ahli…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: