Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kurniawan Tak Mahu Kekalahan Kepada Malaysia Jejaskan Mental Pemain Indonesia B-17

today17 April 2026

Background
Kurniawan


Jurulatih skuad kebangsaan Indonesia B-17, Kurniawan Dwi Yulianto menegaskan kepentingan untuk menjaga keadaan psikologi para pemain mudanya agar tidak terjejas selepas tewas 0-1 kepada Malaysia, malam tadi.

Kekalahan yang nyata merencatkan peluang skuad Indonesia untuk mara ke separuh akhir Kejuaraan B-17 ASEAN 2026 meskipun beraksi di laman sendiri.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Gelora Joko Samudro, Gresik itu menyaksikan penguasaan lebih dominan skuad muda Indonesia itu gagal diterjemahkan kepada jaringan.

Sebaliknya, Mohammad Fareez Danial Fadzly memanfaatkan peluang untuk menjaringkan gol menerusi tandukan ketika situasi sepakan penjuru pada minit ke-33 sekali gus menewaskan penjaga gol, Noah Leo Duvert.

Kurniawan Tak Mahu Kekalahan Kepada Malaysia Jejaskan Mental Pemain Indonesia B-17
Kredit Foto: FAM

Dengan kekalahan tersebut, Indonesia jatuh ke tangga ketiga kedudukan sementara Kumpulan A. Walaupun berkongsi tiga mata, skuad kendalian Kurniawan Dwi Yulianto itu tewas dari segi ‘head-to-head’ kepada Malaysia…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post

Ekonomi

Ekonomi Malaysia diunjur tumbuh 5.3 peratus suku pertama 2026

Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang sebanyak 5.3 peratus bagi tempoh suku pertama tahun ini, menyederhana berbanding pertumbuhan 6.3 peratus yang dicatatkan pada suku tahun sebelumnya, berdasarkan laporan Anggaran Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Awalan yang diterbitkan Jabatan Perangkaan, hari ini.

today17 April 2026