Site icon Kool FM

KWC sediakan 800 pilihan gerai jualan keperluan raya


KUALA LUMPUR – KWC Fa­shion Wholesale (KWC) melancarkan kempen Lip Lap Ria Raya 2025 yang diinspirasikan daripada permainan video ikonik era 90-an yang menampilkan corak visual piksel bertemakan motif songket tradisional.

Kempen yang berlangsung selama satu bulan bermula 1 Mac ini bertujuan memberi inspirasi kepada pelanggan, khususnya wanita berpakaian lebih unik pada Aidilfitri ini.

Menurut Pengurus Pengiklanan dan Promosi KWC, Wendy Lam, ini adalah kempen kali pertama diadakan secara ­besar-besaran di pusat beli-belah ini setelah ia dijalankan secara kecil-kecilan sejak tahun 2018.

“Melalui kempen ini, kami menyediakan 800 gerai dengan pelbagai jenis jualan barangan yang mampu memenuhi keperluan raya masyarakat tempatan padaharga mampu milik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran kempen tersebut di sini kelmarin.

Bersempena bulan Ramadan, Lam menjelaskan, KWC turut menyediakan ruang untuk jualan bazar Ramadan yang dibuka setiap hari…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version