Site icon Kool FM

KWSP rekod pendapatan pelaburan RM57.57 bilion


PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM57.57 bilion bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2024, 20 peratus lebih tinggi berbanding RM47.86 bilion yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lalu.

Daripada jumlah tersebut, RM48.02 bilion dijana untuk Simpanan Konvensional, manakala RM9.55 bilion lagi untuk Simpanan Shariah.

Setakat September 2024, jumlah aset pelaburan KWSP adalah RM1,222.34 bilion, dengan 62.2 peratus dan 37.8 peratus diperuntukkan kepada pelaburan dalam dan luar negara.

Pada suku tahun ketiga berakhir 30 September 2024 (S3 2024), jumlah pendapatan pelaburan adalah RM19.67 bilion, meningkat sebanyak RM5 bilion daripada RM14.67 bilion yang direkodkan pada suku tahun sama pada 2023.

Pelaburan luar negara menyumbang sebanyak RM10.50 bilion, merangkumi 53 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, prestasi kukuh KWSP adalah bukti…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version