PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM57.5 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026 (1H 2026), meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.
Jumlah pendapatan pelaburan bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026 (S2 2026) adalah RM29.77 bilion, 44 peratus lebih tinggi daripada RM20.61 bilion pada suku sama tahun 2025.
Jumlah pendapatan pelaburan bagi Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah bagi S2 2026 masing-masing adalah RM24.16 bilion dan RM5.61 bilion.
Sementara itu, jumlah aset pelaburan mencecah RM1.54 trilion, dengan 39 peratus daripadanya dilaburkan di peringkat global. Pelaburan antarabangsa menjana pendapatan sebanyak RM19.29 bilion, merangkumi 65 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, pihaknya memanfaatkan pasaran ekuiti global yang kukuh di samping mengekalkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: