SUNGAI BULOH – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi, iaitu sebanyak 6.3 peratus peratus untuk kedua-dua Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional, melibatkan agihan keseluruhan berjumlah RM73.24 bilion.
Bagi tahun berakhir 31 Disember 2024, KWSP merekodkan pendapatan pelaburan RM74.46 bilion, 11 peratus lebih tinggi berbanding RM66.99 bilion pada 2023.
Aset pelaburan KWSP pula mencapai RM1.25 trilion, naik 10 peratus daripada RM1.13 trilion pada 2023, didorong pendapatan portfolio kukuh serta jumlah caruman bersih sebanyak RM108.22 bilion.
Sementara pendaftaran ahli baharu pula mencapai 475,752 orang, menjadikan jumlah keseluruhan ahli KWSP sebanyak 16.22 juta.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, kadar 6.3 peratus yang diumumkan merupakan kadar dividen tertinggi KWSP sejak tahun 2017.
“Ekonomi Malaysia memperlihatkan pertumbuhan kukuh tahun lalu, dengan penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI mencatatkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: