Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kylian Mbappe Akan Tinggalkan PSG Pada Julai Ini

today16 February 2024

Background
Kylian Mbappe


Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe tanpa berselindung membuat pendedahan bahawa beliau akan meninggalkan kelab tersebut pada musim panas ini sebagai ejen bebas.

Selepas berbulan-bulan spekulasi mengenai masa depannya di Parc des Princes, Mbappe memilih untuk berbincang dengan kepimpinan tertinggi kelab, Nasser Al-Khelaifi untuk meninggalkan kelab tersebut.

Artikel Berkaitan:

Perkara tersebut bagaimanapun bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana Mbappe sebelum ini turut kelihatan berteka-teki mengenai nasibnya di PSG.

Meskipun masih belum diketahui destinasi baharu buat pemenang Piala Dunia 2018 itu tetapi seperti diketahui umum, Real Madrid sudah lama berhajat untuk mendapatkan khidmat Mbappe.

Pendedahan yang pastinya membuka seluas-luasnya peluang buat beliau untuk menyertai kelab impiannya sejak kecil itu.

“Kylian Mbappe kini telah memaklumkan kepada PSG bahawa dia akan meninggalkan kelab pada bulan Julai,” ujar wartawan sukan terkenal dunia,

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post