Persatuan Bola Sepak Perancis (FFF) mengumumkan tonggak utama, Kylian Mbappe disahkan mengalami kecederaan patah hidung selepas berlanggar dengan pemain Austria pada aksi Euro 2024 awal pagi tadi.
Bagaimanapun, ia tidak menghalang Perancis mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Austria. Jaringan tunggal itu berlaku tujuh minit sebelum separuh masa pertama berakhir apabila Woeber secara tidak sengaja menanduk masuk bola hantaran Kylian Mbappe ke dalam gawangnya sendiri.
Baca Juga:
Ketika penghujung perlawanan, Mbappe terpaksa digantikan akibat hidungnya patah. Ianya berlaku selepas bintang baharu Real Madrid itu terlibat dalam perlanggaran tidak sengaja dengan Kevin Danso.
“Dia berada dalam keadaan kurang baik. Hidungnya cedera teruk. Ini adalah titik hitam buat kami,” kata jurulatih Perancis, Didier Deschamps, tanpa mengesahkan tahap kecederaan berkenaan.
“Kami ada peluang untuk menutup perlawanan dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: