Pertuduhan tersebut dibaca bersama Seksyen 16 (1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat serta hukuman tambahan pemenjaraan maksimum lima tahun dan sebat minimum dua kali, jika sabit kesalahan.
Sebelum hukuman dijatuhkan, peguam Ikhwaan Zulkifli dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon hukuman penjara dan sebatan yang paling rendah atas alasan tertuduh sudah mengaku bersalah sekali gus menjimatkan masa dan kos semua pihak.
“Tertuduh sudah sedar dan insaf serta berjanji tidak akan mengulangi perbuatan ini lagi. Tertuduh ingin memohon maaf kepada mahkamah dan mangsa serta keluarga mangsa.
“Tertuduh seorang duda dan menanggung tiga anak berusia antara 11 hingga 16 tahun yang semuanya masih bersekolah. Tertuduh juga hanya berpendapatan RM1,600 sahaja sebulan,” katanya.
Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Khairuddin Khalid memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
