PETALING JAYA – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan menampilkan pelbagai ciri mesra alam pada sambungan laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Shah Alam yang bakal beroperasi pada September ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Mohd. Azharuddin Mat Sah berkata, ia merangkumi pencahayaan diod pemancar cahaya (LED) serta sistem penyaman udara pintar.
“Ciri-ciri tersebut dijangka menjimatkan tenaga sehingga 32 peratus, manakala kawasan penyimpanan tren bakal dilengkapi panel solar.
“Kami sangat teruja memulakan usaha ini dan terus melangkah ke hadapan,” katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Prasarana dan UN Global Compact Network Malaysia & Brunei (UNGCMYB) di sini, hari ini.
Prasarana dan UNGCMYB akan melancarkan Vendor ESG (alam sekitar, sosial dan tadbir urus) Hub pada Ogos, sebuah platform digital khusus bagi menyediakan akses kepada latihan, alatan dan sumber berkaitan kelestarian alam kepada lebih 5,000 vendor…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
