Kool FM

Landskap Kreatif Pokok Bunga Kertas Di Melaka Curi Tumpuan Ramai


Melaka bukan sahaja gah dengan warisan sejarahnya yang tiada tandingan, malah kini semakin ke hadapan dalam menyuntik elemen estetika dan kreativiti pada landskap bandarnya.

Terbaharu, pengguna jalan raya yang melalui laluan Lebuh AMJ (Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin) pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mencuci mata melihat satu pemandangan baharu yang cukup memukau.

Sesiapa sahaja yang memandu melalui laluan ini pasti akan menoleh ke arah deretan struktur mempesonakan yang menghiasi tepi jalan.

Landskap Kreatif Pokok Bunga Kertas Di Melaka Curi Tumpuan Ramai
Sumber Gambar: Threads

Dengan rekaan rangka besi yang dibentuk seakan-akan pokok gergasi, ia diserikan lagi dengan rimbunan pokok bunga kertas (Bougainvillea) berwarna merah jambu yang mekar menjalar ke atas.

Sumber Gambar: Google

Sekali pandang, ia seolah-olah membawa aura ‘Supertree Grove’ di Gardens by the Bay, Singapura, tetapi diberikan sentuhan tempatan yang sangat unik dan dekat di hati rakyat Malaysia.

Penggunaan pokok bunga kertas…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version