Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Setiap pemandu perlu sentiasa dalam keadaan fokus apabila tangan sudah memegang stereng kerana dalam keadaan kereta bergerak perlahan pun, masih ada pemandu yang terleka sehingga menyebabkan kemalangan.
Baru-baru ini seorang pemandu Myvi berkongsi satu rakaman video di mana ada seorang lelaki warga asing yang memandu Toyota Hilux telah melanggar bahagian belakangnya sehingga rosak kemik.
Pada bahagian awal dalam video berdurasi 1 minit sewaktu semua kenderaan bergerak perlahan, tiba-tiba datang sebuah Toyota Hilux di belakangnya melanggar kereta terbabit dan pemandu trak pikap itu terus turun daripada kenderaannya untuk melihat kesan pelanggaran tersebut.
“Lelaki ini kata RM50 sudah cukup untuk baiki kerosakan kereta saya,” kata pemilik Myvi yang memuat naik video berkenaan.
Netizen berasa berang apabila mengetahui jumlah ‘ganti rugi’ yang warga asing ingin bayar itu tidak masuk akal. Ada pemilik Myvi lain…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: