Subang Jaya: Lelaki cedera selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kereta yang hilang kawalan dipercayai terlanggar lopak air di Kilometer 39.3 Lebuhraya Shah Alam (KESAS) berhampiran Plaza Tol Sunway di sini, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari’at berkata, kejadian pada 5 petang itu dipercayai berlaku apabila sebuah kereta BMW yang dipandu laju oleh seorang lelaki berusia 28 tahun di lorong kanan hilang kawalan…