Tonggak tengah Sepanyol, Rodri menjadi pemain pertama yang dilayangkan kad kuning kerana melanggar peraturan baharu dikeluarkan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).
Hal ini kerana beliau telah diberikan kad kuning pada masa kecederaan babak pertama berikutan tindakannya membantah keputusan pengadil perlawanan.
Baca Juga:
Peraturan baharu dikeluarkan UEFA itu menyaksikan hanya ketua pasukan dibenarkan berkomunikasi dengan pengadil sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertikaian.
Ini bermakna bagi pasukan Sepanyol, hanya Alvaro Morata akan berhadapan dengan pengadil manakala Dani Carvajal bertindak selaku pembantu ketua pasukan.
Kad kuning kedua diterima Rodri itu sekali gus menyaksikan beliau bakal terlepas perlawanan terakhir peringkat kumpulan bertemu Albania pada 25 Jun nanti.
Pada perlawanan pertama, Rodri ‘dihadiahkan’ kad kuning ekoran kekasaran dilakukannya terhadap pemain Croatia, Bruno Petkovic…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: