Sepanyol cemerlang mengharungi aksi pembukaan Kumpulan B kempen Euro 2024 selepas berjaya menundukkan Croatia 3-0 pada perlawanan yang berlangsung Olympiastadion, Berlin sebentar tadi.
Fabian Ruiz dan Lamine Yamal jelas mencuri tumpuan selepas tonggak tengah Paris Saint-Germain itu mencipta satu gol dan satu bantuan jaringan manakala Yamal pula menjadi pemain termuda dalam sejarah penganjuran Euro iaitu beraksi pada usia 16 tahun 338 hari.
Baca Juga:
Malah, beliau turut mempamerkan ketenangannya ketika beraksi dengan satu bantuan jaringan dicipta.
Kem Sepanyol melonjak kegembiraan pada minit ke-29 selepas umpanan cantik Ruiz terus mencari Alvaro Morata yang melepasi perangkap ofsaid lalu menewaskan penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic.
Skuad La Roja terus garang berselang tiga minit kemudian apabila Ruiz melepasi kawalan tiga pemain pertahanan dan melepaskan rembatan melepasi celah kaki Josip Sutalo untuk…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: