Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Pada petang semalam, tular satu video di TikTok sekumpulan pemuda ditahan oleh sepasukan polis sejurus kapal mereka naiki sampai di jeti pelabuhan Dermaga Tanjung Lembung, Pulau Langkawi.
Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata sebanyak 473 saman dikeluarkan oleh pihaknya ke atas penunggang motosikal ketika mereka tiba di jeti pelabuhan terbabit.
Operasi yang dilancarkan pada petang semalam hasil kerjasama antara jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Sebanyak 1,200 buah motosikal diperiksa oleh kedua-dua pihak berkuasa dalam operasi itu.
“Mereka tiba menerusi tiga perkhidmatan feri penumpang dan kenderaan dari Kuala Perlis di Jeti Tanjung Lembung di sini iaitu pada 5 petang, diikuti jam 9 dan 11 malam tadi.
“Hasil pemeriksaan, sebanyak 473 motosikal disaman PDRM membabitkan 606 pelbagai kesalahan trafik dengan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: