PETALING JAYA – Pemain industri automotif tempatan memohon kerajaan supaya melanjutkan pengecualian cukai dan duti eksais bagi kenderaan elektrik (EV) yang diimport sepenuhnya (CBU) melangkaui tahun 2023 pada pembentangan bajet minggu depan.
Pengarah Urusan Jaguar Land Rover Malaysia, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata, ketika sektor automotif tempatan sedang bergerak ke arah elektrifikasi, banyak model EV telah dilancarkan sejak 2021 dan industri ini terus dipacu melalui insentif pengecualian cukai yang diberikan oleh kerajaan.
“Kami berharap supaya inisiatif ini dapat dipanjangkan lagi kerana terdapat banyak model-model EV yang tidak sempat dibawa masuk sepanjang tempoh yang terhad ini dan banyak industri baharu dibuka semula selepas Covid-19.
“Langkah ini dapat meneruskan permintaan bagi EV di Malaysia yang kini berada pada paras yang tinggi untuk tempoh beberapa tahun lagi supaya lebih banyak teknologi hijau dapat dibawa masuk ke Malaysia bermula dengan model CBU dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
