Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lap 3 Tonton Non Stop, On Top! Bermula, Peluang Bawa Pulang Nissan Kicks e-POWER

today21 July 2026

Background


Kempen Tonton Non Stop, On Top! kini memasuki Lap 3, sekali lagi menawarkan peluang kepada pelanggan TontonUp untuk membawa pulang sebuah Nissan Kicks e-POWER 1.2 VL sebagai hadiah utama.

Bermula 13 hingga 26 Julai 2026, pelanggan boleh mengumpul mata dengan menstrim pelbagai kandungan terpilih di platform Tonton.

Lebih banyak kandungan yang ditonton, lebih tinggi jumlah mata yang dikumpul sekali gus meningkatkan peluang untuk menduduki carta kedudukan kempen.

Antara kandungan yang terlibat sepanjang Lap 3 ialah siri popular seperti Nur Kasih, Dunia Baru, Juvana, Sindarela dan Rock. Turut tersedia beberapa filem tempatan seperti Mukhsin, Jiwa dan Perempuan Ilmu Hitam; selain judul anime terkenal termasuk BLEACH: Thousand-Year Blood War, JUJUTSU KAISEN dan Solo Leveling.

Selain itu, Tonton turut menawarkan Turboost, iaitu ganjaran mata berganda untuk kandungan terpilih yang distrim pada hujung minggu.

Bagi 18 & 19 Julai serta 25 & 26 Julai…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Azam A


Previous post