Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Laporan Tesla batal pengeluaran mungkin keputusan komersial – MITI

today8 August 2024

Background


PETALING JAYA – Laporan media Thailand mengenai hasrat Tesla Inc (Tesla) membatalkan rancangan pengeluarannya di Asia Tenggara berkemungkinan merupakan satu keputusan komersial operasinya di peringkat global, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Jurucakap MITI berkata, sebarang keputusan oleh gergasi automotif global itu tidak mencerminkan reformasi industri dan penambahbaikan landskap pelaburan yang diusahakan oleh MITI serta agensi di bawahnya sejak Disember 2022.

Tambahnya, laporan itu bukan kenyataan rasmi Tesla dan hanya berdasarkan ulasan daripada sumber yang tidak dinamakan.

“Pengesahan mengenai laporan itu perlu datang daripada Tesla,” katanya kepada media hari ini.

Semalam, portal berita online Thailand, The Nation memetik sumber yang enggan dikenali dalam kerajaan melaporkan Tesla membatalkan rancangan untuk membangunkan kilang sama ada di Malaysia, Thailand atau Indonesia.

Katanya, perbincangan Tesla pada masa ini hanya menjurus kepada usaha…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post