PETALING JAYA – Langkah melarang penggunaan perisa dalam vape hanya akan menyebabkan lebih ramai pengguna vape yang telah berhenti merokok beralih semula kepada rokok tembakau dan menyekat fungsi vape sebagai alat yang boleh membantu perokok berhenti merokok.
Pusat Pilihan Pengguna (CCC) dan Perikatan Pengguna Vape Dunia (WVA) menerusi laporan bertajuk ‘Why Flavours Matter’ (Mengapa Perisa Penting) yang diterbitkan baru-baru ini menyatakan sebahagian besar pengguna menggemari produk vape disebabkan rasanya, selain ia tidak mengingatkan mereka tentang rokok biasa.
Berdasarkan laporan tersebut, ramai pengguna vape di peringkat global yang sebelum ini adalah perokok akan kembali menggunakan rokok tembakau jika mereka tidak dapat menggunakan cecair vape berperisa.
“Larangan penuh cecair vape berperisa akan mendorong 7.7 juta pengguna vape di Amerika Syarikat (AS) kembali merokok dan anggaran jumlah ini bersamaan dengan jumlah keseluruhan penduduk daripada Los Angeles dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: