Karnival Jom Heboh bakal tampil dengan nafas baharu tahun ini menerusi penganjuran Jom Heboh Fun Run 2025, sebuah acara larian santai sejauh lima kilometer yang dijadualkan berlangsung di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan pada 9 November ini.
Buat pertama kalinya dalam sejarah 22 tahun penganjurannya, Jom Heboh memperkenalkan aktiviti berkonsepkan gaya hidup sihat, sekali gus menambah nilai baharu kepada karnival ikonik tersebut.
Inisiatif baharu semarakkan gaya hidup sihat
Menurut Pengarah Projek Karnival Jom Heboh, Eileen Lim, edisi pertama Fun Run ini menjadi simbol kepada semangat kekeluargaan dan kebersamaan yang telah lama menjadi teras penganjuran Jom Heboh.
Beliau menjelaskan, penganjuran kali ini bukan sekadar memberi tumpuan kepada hiburan, tetapi turut menekankan kepentingan kesejahteraan fizikal dan gaya hidup aktif.
“Selepas 22 tahun, kami mahu membawa dimensi baharu kepada Jom Heboh. Fun Run ini bukan pertandingan, sebaliknya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: