KUALA LUMPUR – Kempen Green Checkout Bersama Mastercard & Larrie yang dilancarkan di sini menunjukkan komitmen Larrie sebagai pengeluar kasut berjenama popular itu melaksanakan inisiatif kelestarian seiring dengan usaha pelbagai syarikat untuk menjaga persekitaran lebih hijau menjelang tahun 2030.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini, kempen anjuran dua entiti berkenaan telah menyepadukan usaha penanaman pokok dan penghutanan semula ke dalam pengalaman membeli-belah dalam talian bagi meningkatkan kesedaran kepada masyarakat.
Bagi menjayakan projek tersebut, para pelanggannya boleh menyumbang kepada penanaman pokok dengan setiap pembelian barangan berjenama Larrie.
“Di bawah program Green Checkout, pelanggan yang membelanjakan RM250 atau lebih secara automatik menyokong usaha penghutanan semula.
“Inisiatif ini menyasarkan pengguna yang mementingkan kesejahteraan alam sekitar, menawarkan mereka cara untuk memberi impak positif melalui pilihan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
