
Berlangsung selama 12 jam di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Latihan Pestapora Malaysia tampil meriah dengan menghimpunkan barisan penyanyi popular dari Malaysia dan Indonesia, sekali gus menceriakan suasana festival muzik berkenaan baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Latihan Pestapora Kembali Untuk Edisi Kedua, Hiburan 12 Jam Tanpa Henti!
Artikel Berkaitan: Latihan Pestapora Malaysia 2025 Disambut Meriah, Kehadiran Sheila On 7 Buat Peminat Tenggelam Dalam Kenangan!
Anjuran kedua
Penganjuran buat kali kedua itu tampil dengan lebih bermakna apabila menghimpunkan seramai 19 barisan artis dari kedua-dua negara.
Latihan Pestapora Malaysia yang dianjurkan oleh Hitman Solutions dan Boss Creator itu merangkumi pelbagai genre termasuk pop, rock, indie, ska, R&B serta muzik nostalgia yang sememangnya memberikan kenangan indah buat pengunjung yang hadir.
Kemunculan sulung kumpulan Last Child di Malaysia merupakan antara yang ditunggu-tunggu. Kumpulan tersebut mendendangkan beberapa lagu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
