Kool FM

Layla Sania Kongsi Cabaran Tembusi Pasaran Hiburan Mandarin


Penyanyi Layla Sania berkongsi pengalaman serta cabaran yang dilaluinya dalam usaha menembusi pasaran hiburan Mandarin.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shila Amzah Teruja Konsert Di China Dihadiri Pengarah Program Nyanyian ‘I Am Singer’

Cabaran menembusi pasaran mandarin

Ketika ditemui OhBulan!, Layla, 23, memaklumkan bahawa imejnya yang bertudung menjadi antara cabaran dalam usaha mempromosikan karya menerusi platform media sosial popular di China, Douyin.

Menurut Layla, platform Douyin mempunyai sistem pemantauan yang agak ketat sehingga menyebabkan kebanyakan hantarannya terpaksa diturunkan hanya kerana imejnya yang bertudung.

Ada cabaran untuk Douyin, TikTok China. Kadang-kadang saya tak boleh muat naik diri sendiri yang pakai tudung.

Kalau pakai hoodie dengan topi, itu lepas. Turban pun lepas tapi kalau tudung penuh tak lepas.

Setakat ini Douyin saja yang saya ada masalah untuk itu.

Layla berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Pelancaran Digital Anugerah Melodi Terhangat…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version