Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

LBS catat hasil RM431.9 juta suku kedua, meningkat 16.5 peratus

today22 August 2024

Background


PETALING JAYA – LBS Bina Group Berhad (“LBS” atau “Kumpulan”), mencatatkan hasil sebanyak RM431.9 juta bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 (Q2FYE2024).

Jumlah tersebut adalah hasil yang belum diaudit dan ia meningkat 16.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu sebanyak RM370.7 juta.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San berkata, pertumbuhan itu turut didorong peningkatan 17.3 peratus tahun ke tahun dalam hasil segmen pembangunan hartanah yang mana ia meningkat daripada RM358.1 juta kepada RM420 juta.

Katanya, dengan mengekalkan trajektori kewangan dan operasi pembangunan hartanah yang konsisten, LBS mencapai peningkatan tiga peratus dalam keuntungan selepas cukai dan kepentingan bukan kawalan (PATMI) kepada RM34.8 juta daripada RM33.8 juta pada suku kedua tahun lalu.

“Untuk 6 bulan kumulatif pada tahun ini, PATMI diperoleh daripada operasi berterusan dengan peningkatan 1.5 peratus kepada RM66 juta berikutan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI


Previous post