Site icon Kool FM

LBS catat hasil untung RM409.02 juta suku pertama


PETALING JAYA – LBS Bina Group Berhad (LBS) mencatat hasil keuntungan sebanyak RM409.02 juta bagi tempoh suku pertama kewangan berakhir 31 Disember 2022 berban­ding RM402.55 juta suku pertama 2021.

Keuntungan sebelum cukai direkodkan sebanyak RM54.26 juta dan keuntungan selepas cukai bagi tempoh berkenaan juga adalah sebanyak RM33.80 juta dengan peningkatan tahun ke tahun masing-masing sebanyak 2.14 peratus dan 2.7 peratus.

Keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATMI) mencatatkan sebanyak RM30.16 juta dengan peningkatan dari tahun ke tahun sebanyak 20 peratus, meskipun berhadapan dengan konflik peperangan Rusia dan Ukraine yang memberi kesan kepada peningkatan harga bahan mentah.

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, segmen pembangunan hartanah masih merupakan penyumbang terbesar kepada keuntungan Kumpulan dan rekod pemba­ngunan hartanah mencatatkan peningkatan kepada 96.2 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan iaitu RM393.48 juta, dengan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version