
PETALING JAYA – LBS Foundation (LBSF), sayap tanggungjawab sosial korporat bagi LBS Bina Group Berhad (LBS) mencatatkan satu lagi pencapaian bermakna menerusi pelancaran kerjasama strategik bersama Sekolah Kebangsaan (SK) Sungei Way, Petaling Jaya melalui Project AKAR by LBS Foundation (Project AKAR).
Project AKAR, yang merupakan akronim kepada Awareness (Kesedaran), Knowledge (Pengetahuan), Actions (Tindakan), dan Resilience (Ketahanan) merupakan inisiatif jangka panjang yang dirangka bagi membangunkan generasi masa hadapan menerusi program sekolah angkat.
LBSF akan melaksanakan program sekolah angkat melibatkan sebuah sekolah bagi setiap kitaran tiga tahun, yang berteraskan tiga fokus utama iaitu infrastruktur, pembelajaran dan kelestarian untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif.
Sebagai permulaan inisiatif berkenaan, SK Sungei Way dipilih sebagai sekolah angkat pertama di bawah Project AKAR.
Majlis pelancaran inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) tersebut…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: