Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

LBS rai media di Bilut Hills Eco Resort

today9 April 2026

Background


BENTONG- Seramai 18 rakan media sangat bertuah kerana dapat menikmati durian Musang King yang baru dituai di kebun di sekitar Bilut Hills Eco Resort di sini menandakan musim durian sudah kembali di kawasan pelancongan popular itu.

Ini adalah salah satu aktiviti menarik yang disusun dalam  program Trip Apresiasi Media anjuran LBS Bina Group Berhad (LBS) melalui Jabatan Komunikasi Korporatnya selama dua hari satu malam, di resort berkenaan bersempena ulang tahun syarikat tersebut yang ke-65.

Pengarah Eksekutif LBS, Datuk Cynthia Lim berkata, sokongan berterusan daripada media telah menjadi pemangkin kejayaan LBS, termasuk pengiktirafan sebagai salah satu Syarikat Terurus Terbaik selama empat tahun berturut-turut.

Sehubungan itu, pihaknya kekal komited untuk memupuk hubungan kukuh dan bermakna bersama rakan media dan menantikan kerjasama berterusan pada masa akan datang.

Selain berihat dan bersantai di resort yang menawarkan pemandangan menarik, tenang jauh daripada tekanan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post