
PETALING JAYA – LBS Bina Group Berhad (LBS), pemaju hartanah terkemuka pilihan rakyat, telah mencatat satu lagi pencapaian membanggakan apabila meraih empat anugerah berprestij di StarProperty Real Estate Developer Awards 2026.
Pencapaian ini menandakan detik penting bagi LBS dalam meneruskan pelan hala tuju strategik ke arah menjadi pemaju hartanah berteraskan reka bentuk yang unggul dan berdaya saing dalam industri.
StarProperty Real Estate Developer Awards 2026 merupakan platform pengiktirafan berprestij yang meraikan pemaju hartanah yang telah memberikan sumbangan signifikan terhadap pembangunan sektor hartanah di Malaysia.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Dato’ Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San berkata, mereka berbesar hati menerima pengiktirafan di StarProperty Real Estate Developer Awards 2026.
“Pencapaian ini menegaskan komitmen LBS terhadap kecemerlangan, inovasi dan pembinaan komuniti.
“Anugerah ini mencerminkan janji jenama kami, ‘Bersama…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
