PETALING JAYA – Pemaju hartanah terkemuka pilihan rakyat, LBS Bina Group Berhad (LBS) mengumumkan keputusan kewangan tidak diaudit bagi tahun penuh berakhir pada 31 Disember 2024, yang mana dengan keuntungan selepas cukai dan kepentingan bukan kawalan (PATMI) daripada operasi berterusannya merekodkan RM240.2 juta, iaitu jumlah tertinggi dalam tempoh 11 tahun.
Nilai berkenaan adalah 63.5 peratus lebih tinggi berbanding RM146.9 juta yang dicapai pada tahun sebelumnya, dipacu oleh penyusunan strategik dan penambahbaikan portfolio, termasuk pelupusan pelaburan dalam Zhuhai International Circuit Limited (ZIC).
Pelupusan berkenaan, bertujuan untuk membuka nilai terpendam menghasilkan keuntungan selepas cukai sekitar RM156 juta, mengukuhkan prestasi kewangan LBS dengan ketara.
Selain itu, kecekapan operasi yang dipertingkatkan turut menyumbang kepada prestasi keseluruhan Kumpulan, disokong oleh fokus berterusan terhadap langkah-langkah pengurusan kos bagi memastikan pertumbuhan dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: