PETALING JAYA – Pemaju hartanah terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) hari ini menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan SANY Group Co., Ltd. (SANY Group), peneraju global dalam bidang kejuruteraan mesin dan pengeluaran perkilangan.
Berpengkalan di China, SANY Group, yang disenaraikan oleh Forbes sebagai syarikat yang ke-468 terbesar di dunia merupakan syarikat pengeluar peralatan berat kedua terbesar di dunia dan terkenal dengan produk inovatif serta berkualiti tinggi.
Ia juga merupakan pengeluar utama peralatan berteknologi tinggi dan terlibat dalam aktiviti pembinaan am dengan 20 buah pusat penyelidikan serta pembangunan (R&D), pembuatan kereta, peralatan mesin pelabuhan, industri tenaga baharu, reka bentuk seni bina, internet industri dan pengeluar produk konkrit pra-tuang dengan jalinan kerjasama di 150 buah negara.
Menerusi MoU tersebut, LBS dan SANY Group akan bekerjasama untuk meneroka sistem struktur terkini SANY Group bagi membangunkan 10,000 unit hartanah di…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
