Site icon Kool FM

LBS sasar jualan RM1.8 bilion tahun ini


PETALING JAYA – Pemaju perumahan, LBS Bina Group Berhad (LBS) menjangkakan tahun 2024 yang lebih positif dengan sasaran jualan hartanah sebanyak RM1.8 bilion.

LBS mengakhiri tahun lalu dengan jualan hartanah RM1.701 bilion, RM300 juta lebih sedikit berbanding sasaran awalnya sebanyak RM2 bilion.

Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Lim Hock San berkata, prestasi jualan tahun lalu sedikit lari daripada jangkaan disebabkan penangguhan tiga projek utama, iaitu pangsapuri perkhidmatan Bayu Hills di Genting Highlands, Centrum Iris di Cameron Highlands dan pangsapuri servis SkyRia di Puchong.

Jelasnya, ketiga-tiga projek ini lewat mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa setelah perlu melalui syarat-syarat yang lebih ketat kerana terletak di ­kawasan tanah tinggi.

“Pada masa sama, kami optimis mampu mencapai sasaran tahun ini dengan jangkaan pertumbuhan ekonomi sekitar 4.5 hingga 5.5 peratus, manakala kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif untuk merancakkan ekonomi termasuk…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version