PETALING JAYA- Leaptec Engineering Sdn. Bhd. (Leaptec) yang merupakan syarikat subsidiari LBS Bina Group Berhad hari ini menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama perniagaan perkapalan terkemuka di Istanbul, Turki iaitu Desan Deniz Ins. San. A.S. (Desan).
Menerusi perjanjian tersebut, kedua-dua pihak menyasarkan untuk bekerjasama bagi meneroka potensi pembangunan perniagaan limbungan pembaikan kapal serta pembinaan kapal dengan anggaran nilai projek melebihi RM2 bilion di Tanjung Bruas, Melaka.
Pengerusi Eksekutif LBS dan Leaptec, Tan Sri Lim Hock San berkata, kerjasama itu merupakan kolaborasi sulung bersama syarikat Turki dalam bidang perkapalan.
“Kami turut mempertimbangkan pelbagai rakan kongsi untuk bekerjasama dalam membangunkan projek penambakan Melaka dan berbesar hati untuk bekerjasama dengan Desan.
“Desan amat sinonim dengan sektor pembinaan perniagaan limbungan, pembinaan dan pembaikan kapal selain penyelenggaraan, pemodenan, penukaran dan pengubahsuaian…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
