CYBERJAYA – Leave A Nest Group bakal memperuntukkan dana sehingga AS$10 juta (RM42.9 juta) untuk pembangunan syarikat pemula berpotensi di Malaysia dan juga di rantau Asia secara berperingkat dalam tempoh lima tahun akan datang.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Leave A Nest Group, Dr. Yukihiro Maru berkata, peruntukan tersebut bakal memberi keutamaan bagi menyokong syarikat pemula baharu di negara ini seterusnya menyasarkan kepada wilayah negara Islam dan juga melangkaui ke rantau lain.
Menurut beliau, melalui pengumuman Leave A Nest Malaysia dipilih sebagai ibu pejabat utama Leave A Nest Group di Asia Tenggara, ia bakal memacukan lagi misinya untuk menambah baik ekosistem pembangunan syarikat pemula di rantau ini.
Leave a Nest Group telah ditubuhkan di Jepun pada tahun 2002 dan mempunyai anak syarikat termasuk di Malaysia serta di Singapura, Filipina, United Kingdom dan Amerika Syarikat (AS).
“Kami menjangkakan 50 syarikat pemula akan dibangunkan melalui fasa baharu ini…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: