PETALING JAYA – Fun Run Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2025 yang akan berlangsung pada 16 September ini di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur bakal disertai oleh lebih 1,000 peserta.
Penganjur program yang juga Pengarah Urusan, Raydiates Blue Sdn Bhd, Rayme Zainal berkata, buat masa ini, penyertaan yang diterima daripada orang ramai sangat menggalakkan dan lebih menarik program tersebut akan disertai oleh Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Kehadiran penghibur nombor satu negara itu akan menyerikan acara santai tersebut bersempena Hari Usahawan Negara (HUN) dan Hari Malaysia yang bermula 12 September selama lima hari.
Acara larian yang akan bermula pukul 7 pagi adalah salah satu pengisian HUN dan Hari Malaysia.
Lebih menarik, majlis pelepasan larian santai itu akan turut dihadiri pempengaruh terkenal, Pinn Yang dan selebriti lain.
Rayme berkata, larian tersebut menawarkan dua kategori iaitu tiga kilometer (km) dan lima km dalam usaha menggalakkan orang ramai…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
