Site icon Kool FM

Lebih 12,000 Tentera Israel Bakal Hilang Upaya Selepas Terlibat Operasi Ketenteraan Di Gaza


Sejak pihak Zionis membedil orang awam di Gaza, dilaporkan ramai rakyat Gaza yang majoritinya daripada terdiri daripada umat Islam terkorban. Lebih menyayat hati, ribuan individu yang terkorban itu turut melibatkan para wanita serta kanak-kanak kecil.

Menerusi laporan daripada akhbar harian Israel, Yedioth Ahronoth, dilaporkan peperangan yang berlaku turut memberi kesan kepada tentera Israel yang menerima arahan untuk membedil kawasan Gaza.

Artikel Berkaitan:

Dilaporkan seramai 12,500 bakal hilang upaya selepas operasi ketenteraan ini berlangsung menerusi penilaian kecederaan terhadap tentera mereka.

Sumber: The Hindu

“Angka 12,500 adalah anggaran konservatif. Jumlah kes hilang upaya boleh mencecah 20,000,” kata laporan itu.

Dilaporkan, Jabatan Pemulihan Kementerian Pertahanan kini sedang merawat 60,000 tentera Israel yang hilang upaya.

“Sekurang-kurangnya 5,000 orang diterima masuk ke jabatan itu pada 2023 termasuk 3,400 pasukan simpanan sejak 7 Oktober…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version