Menurut laporan Harian Metro, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata BKK itu akan diberikan termasuk kepada guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan (OBJ) dan pekerja sambilan harian.
Bantuan yang akan dibayar pada 24 Mac itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM10 juta kepada kerajaan negeri.
Difahamkan, kenaikan kadar BKK itu didorong oleh amalan berjimat kerajaan negeri selain pertambahan hasil negeri termasuk menerusi perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE), kestabilan politik, serta kemasukan pelabur.
“Ini adalah rahmat dan rezeki daripada Allah SWT kepada kita, yang ada sumber mineral, dan nikmat Allah itu juga datang dalam bentuk kestabilan politik.
“Kita tengok pelabur pun sudah berminat dan mula datang ke negeri Perak untuk mengembangkan pelaburan mereka,” katanya.
Sebagai rekod, jumlah BKK Raya kali ini menunjukkan peningkatan berbanding RM1,000 sempena Aidilfitri tahun lalu, di mana bagi tahun lalu seramai 995 ketua…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: