Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lebih 20 Tahun Berniaga, Wanita Ini Masih Lagi Kekalkan Harga Kuih Sebji 10 Sen

today6 April 2023

Background


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Seperti ramai sedia maklum, Malaysia dan juga negara lain telah menghadapi peningkatan inflasi yang dasyat sejak sedekad akhir ini. Malah peningkatan inflasi ini jauh lebih ketara jika dibandingkan sekitar 20 tahun yang lalu.

Dalam pada itu, lain ceritanya buat seorang peniaga di Felda Lubuk Merbau ini apabila dilaporkan masih lagi menawarkan kuih pada harga 10 sen sebiji.

Hadir dengan nama Gerai Cucoq Sekupang, gerai yang diusahakan oleh Roslina Saad berusia 54 tahun ini menawarkan 15 jenis kuih antaranya karipap, buah melaka, ke­tayap dan lopes.

Menurut Roslina, harga kuih 10 sen sebiji itu kekal sejak dia mula berniaga lebih 20 tahun lalu.

“Saya tidak nafikan kos bahan mentah meningkat dan boleh dikatakan terlalu tinggi, tetapi saya tetap kekalkan harga kerana mahu bantu orang ramai.

“Sebenarnya apabila kita buat kuih dalam kuantiti yang banyak, kita masih mampu meraih untung dan menggaji pekerja,” katanya di sini…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hairi Ariff


Previous post