Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lebih 20,000 Banjiri Klebang, Melaka Berselawat Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026

today30 August 2026

Background
Lebih 20,000 Banjiri Klebang, Melaka Berselawat Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026


Lebih 20,000 pengunjung membanjiri Dataran 1Malaysia, Klebang, Melaka bagi menyertai program Melaka Berselawat sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Melaka, malam tadi.

Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh berkata, kehadiran puluhan ribu pengunjung itu mencerminkan semangat rakyat Melaka yang hadir bersama-sama mengalunkan selawat selain menzahirkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

Menurut beliau, program yang berlangsung dalam suasana penuh keberkatan itu menjadi salah satu cara untuk masyarakat menghayati erti sebenar kemerdekaan.

“Saya amat bersyukur melihat suasana Dataran 1Malaysia pada malam ini kerana saya dimaklumkan lebih 20 ribu pengunjung membanjiri segenap ruang, hadir bersama-sama mengalunkan selawat dan menzahirkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

“Inilah semangat keluarga besar Melaka, datang dengan satu hati, berhimpun membawa satu kekuatan!”

Ab Rauf turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat Melaka serta…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nurul


Previous post