Site icon Kool FM

Lebih 30,000 Penyokong Harimau Malaya Banjiri SNBJ Esok

Penyokong bola sepak


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Lebih 30,000 penyokong bola sepak tempatan dijangka akan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam esok bagi menyaksikan perlawanan Pestabola Merdeka 2023 antara Malaysia menentang India.

Artikel Berkaitan:

Perkembangan itu turut disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) apabila mereka mengumumkan sebanyak 30,495 tiket telah terjual sejak jualan dibuka pada bulan Ogos lalu.

Lautan penyokong seramai 80,000 ditagih bagi menyemarakkan semangat pemain Harimau Malaya yang bakal berdepan pasukan di ranking 102 dunia itu.

Para penyokong masih boleh mendapatkan tiket tersebut secara dalam talian menerusi laman web www.tickethotline.com.my.

Harga tiket untuk Hari Perlawanan ialah RM40 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak 6 hingga 12 tahun) bagi Kategori Terbuka, RM60 bagi Kategori Grandstand dan RM80 bagi Kategori Premium.

Pestabola Merdeka dijadikan sebagai medan persediaan untuk skuad Harimau Malaya kendalian

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version